THE LAND OF THE HORNBILLS WELCOMES SOUTHEAST ASIA

SEA GAMES 2027 SARAWAK CLUSTER

The official SEA Games 2027 Sarawak Cluster Portal serves as the gateway to event information, schedules, venues, ticketing, results, and the celebration of Sarawak as the proud host of the 34th SEA Games

COUNTDOWN TO GLORY (SEPTEMBER 18 - 29, 2027)
-- DAYS
-- HOURS
-- MINUTES
-- SECONDS
NATIONS
11 NATIONS

Competing ASEAN member states and guest delegations

SPORTS CATEGORIES
18 SPORTS

Fully contested athletic events and categories

COMPETITION VENUES
17 LOCATIONS

Sleek championship venues situated across Sarawak

Stay synchronized
FEATURED NEWS PORTAL

MOMENTS (HIGHLIGHTS OF SARAWAKIAN CHAMPIONS IN SEA GAMES)
Moments of Sarawakian Champions
Relive unforgettable moments and proud achievements by Sarawak's legendary athletes representing Malaysia who have inspired the nation.
Diana Bong
🏅 SEA GAMES 2017
📍Kuala Lumpur
Diana Bong
Diana Bong: Legasi Srikandi Wushu Negara

 

DALAM dunia sukan wushu, kejayaan seorang atlet jarang hadir dalam sekelip mata. Di sebalik pingat yang dikalungkan di leher, tersimpan kisah latihan selama bertahun, pengorbanan, kekecewaan, kecederaan, tekanan pertandingan dan keberanian untuk kembali bangkit.

 

Bagi Diana Bong Siong Lin, perjalanan itu membawa atlet dari Kuching itu ke pentas antarabangsa, mengibarkan Jalur Gemilang di hadapan dunia dan akhirnya meninggalkan nama sebagai antara atlet wushu wanita yang pernah menjadi sandaran Malaysia.

 

Beliau bukan sekadar mengumpul pingat. Perjalanan kariernya menggambarkan ketekunan seorang atlet yang membina reputasi secara berperingkat — daripada kejohanan serantau kepada pentas Asia dan akhirnya menjadi juara dunia.

 

Dilahirkan di Kuching pada 5 September 1985, Diana Bong mula mengenali wushu ketika di bangku sekolah. Minat itu berkembang daripada penglibatan di peringkat sekolah sehingga membawanya menyertai skuad negara.

 

Sepanjang 15 tahun menabur bakti sebagai atlet kebangsaan bermula dari 2004 hingga 2018, Diana Bong telah mewakili Malaysia di pelbagai kejohanan berprestij dalam acara Nanquan, Nandao dan Nangun di peringkat Asia dan dunia.

 

Tahun 2006 menjadi antara detik penting dalam karier Diana Bong apabila beliau membuat penampilan di Sukan Asia di Doha, Qatar.

 

Beraksi dalam acara kegemarannya (Nanquan, Nandao dan Nangun), beliau berjaya meraih pingat gangsa, yang menjadi pencapaian besar dalam kariernya dan membuka laluan kepada lebih banyak kejayaan selepas itu.

 

Di pentas Sukan SEA, Diana Bong membuktikan konsistensinya apabila terus memburu kejayaan dari satu edisi ke satu edisi.

 

Beliau telah menyertai tujuh edisi Sukan SEA dan menyumbang empat pingat emas dan tiga gangsa, menjadikan temasya dwitahunan itu antara pentas yang menyaksikan paling banyak kejayaannya.

 

Peminat sukan wushu negara pastinya masih terbayang persembahan memukau Diana Bong pada Sukan SEA 2017 di Malaysia dalam acara Nanquan yang mengangkat beliau sebagai juara.

 

Kemuncak karier Diana Bong pastinya kejayaan memenangi pingat emas dalam acara Nandao dan satu perak acara Nangun pada Kejohanan Wushu Dunia di Malaysia pada 2013.

 

Kejayaan manis itu meletakkan nama Diana Bong sebaris dengan atlet wushu serata dunia, meninggalkan legasi besar dalam sukan wushu negara.

 

Secara keseluruhan, beliau telah menyertai lima kejohanan wushu dunia selain turut mencipta nama dalam pelbagai kejohanan lain seperti Wushu World Cup (satu perak dan satu gangsa), Beijing Wushu Tournament 2008 (gangsa), Kejohanan Wushu Asia (satu emas dan empat perak) dan Asian University Games (emas).

 

Pencapaian tersebut memperlihatkan bahawa kejayaan Diana Bong bukan sesuatu yang berlaku secara kebetulan. Beliau mampu mengekalkan prestasi dalam tempoh yang panjang, walaupun berdepan persaingan daripada kuasa-kuasa besar wushu di rantau Asia.

 

Setiap kejohanan memberikan pencapaian yang berbeza, tetapi semuanya menyumbang kepada satu gambaran besar — Diana Bong ialah atlet yang mempunyai daya tahan dan konsistensi luar biasa.

 

Bukan Sekadar Seorang Atlet

 

Selain sibuk sebagai atlet, Diana Bong sangat dikenali sebagai seorang yang berdisiplin dalam pengajian.

 

Beliau berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Komunikasi Korporat dari Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 2013 dan Sarjana dalam Komunikasi Korporat juga dari UPM pada 2016.

 

Pencapaian itu memberi gambaran bahawa kejayaan seorang atlet tidak semestinya berakhir di gelanggang pertandingan.

Disiplin yang dibentuk melalui latihan sukan boleh diteruskan dalam kehidupan akademik dan kerjaya.

 

Antara perkara yang paling menarik tentang perjalanan Diana Bong ialah tempoh panjang beliau bertahan dalam sukan berprestasi tinggi.

 

Wushu menuntut kombinasi kekuatan, kelenturan, keseimbangan, ketepatan dan kawalan emosi. Atlet bukan sahaja perlu mempunyai tubuh yang bersedia untuk latihan intensif, tetapi juga fikiran yang mampu kekal tenang ketika setiap gerakan diperhatikan oleh panel hakim.

 

Legasi Seorang Srikandi Sarawak

 

Selepas bersara daripada arena pertandingan, Diana Bong meneruskan penglibatan dalam dunia wushu sebagai jurulatih serta pengadil.

 

Peralihan itu menjadikan kisah Diana Bong lebih bermakna kerana beliau berhasrat mewariskan ilmu, pengalaman dan disiplin yang dikumpulkan selama bertahun-tahun kepada generasi berikutnya.

 

Sebagai menghargai sumbangannya, Diana Bong telah menerima pelbagai pengiktirafan, antaranya “Ikon Belia Kesukanan Sarawak” 2015 dan “Pingat Peringatan Cemerlang Jubli Intan Sarawak (Emas), 2023.

 

Selain itu, beliau turut diberi penghormatan sebagai “Pembawa Obor Larian Baton SUKMA 2024 Sarawak” dan menerima “Anugerah Jurulatih Terbaik”, 14th KBS-KPM-AG Asia National Youth Wushu Championship 2025.

 

Bagi Sarawak, Diana Bong ialah sebahagian daripada generasi atlet yang membuktikan bahawa bakat dari Borneo mampu berdiri sama tinggi dengan atlet terbaik negara dan dunia.

 

Lebih daripada sekadar koleksi pingat, legasi Diana Bong terletak pada mesej yang ditinggalkannya kepada atlet muda: kejayaan tidak datang melalui satu kemenangan, tetapi melalui keberanian untuk terus berlatih, terus belajar dan terus bangkit selepas setiap kegagalan.

 

 
Buda Anchah
🏅 SEA GAMES 2021
📍Chiangmai
Buda Anchah
Buda Anchah Bina Legasi, Julang Nama Malaysia Di Pentas Bina Badan Dunia



DALAM dunia sukan bina badan yang menuntut disiplin, ketahanan mental dan pengorbanan luar biasa, kejayaan tidak pernah hadir dalam sekelip mata.

 

Di sebalik tubuh sasa seorang atlet, tersimpan kisah latihan yang panjang, kawalan pemakanan yang ketat, pengorbanan masa serta keazaman untuk terus bangkit setiap kali berdepan cabaran.

 

Antara nama yang mencuri perhatian dalam arena bina badan negara ialah Buda Anchah, atlet yang membuktikan bahawa kejayaan dalam sukan ini bukan sekadar bergantung kepada kekuatan fizikal, tetapi turut menuntut ketekunan, disiplin dan kekuatan jiwa.

 

Bagi sesetengah pihak, bina badan mungkin dilihat sebagai sukan yang hanya berkaitan dengan pembentukan otot dan penampilan fizikal. Namun, hakikatnya sukan ini mempunyai tuntutan yang jauh lebih besar.

 

Itulah yang diperagakan oleh Buda. Walaupun telah mencecah usia 54 tahun, beliau tetap menjalani latihan secara konsisten, mengawal pengambilan makanan dan memastikan tahap kecergasan sentiasa berada pada tahap terbaik.

 

Beliau menjadi contoh bahawa kejayaan dalam bidang ini lahir daripada komitmen terhadap proses yang panjang dan mencabar.

 

Dilahirkan di Sri Aman pada 11 Disember 1972, Buda merupakan pesara Pegawai Waran 1 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dari 1996 - 2016.

 

Beliau kini bertugas di Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) sebagai Penolong Pegawai Tadbir sejak 2016.

 

Sepanjang 29 tahun penglibatannya dalam sukan tersebut, Buda telah memenangi pelbagai kejohanan baik di pentas kebangsaan mahupun antarabangsa.

 

Namanya mula menyinar selepas berjaya menjuarai kejohanan Mr Malaysia sebanyak enam kali dan juara MR ATM sebanyak 14 kali.

 

Beliau meneruskan kecemerlangannya dengan menjuarai Mr Asia sebanyak 13 kali selain turut membuat kemunculan di tiga edisi Sukan SEA iaitu di Korat, Thailand (2007), di Yangon, Myanmar (2013) dan Hanoi, Vietnam (2022).

 

Detik paling manis buat Buda pastinya kejayaan memenangi anugerah berprestij, Mr World sebanyak lima kali yang meletakkan namanya sebaris dengan jaguh bina badan negara yang lain serta di rantau ini.

 

Atas sumbangannya kepada negara, Buda menerima pelbagai pegiktirafan dari kerajaan Sarawak serta pelbagai anugerah lain.

 

Antaranya Pingat Pegawai Bintang Sarawak (PBS) yang diterimanya pada tahun 2021, serta Olahragawan ATM dari 2013 - 2016.

 

Meskipun usia telah melebihi setengah abad, ia tidak mematahkan semangat Buda untuk terus mengabdikan dirinya dalam sukan bina badan.

 

Beliau kini menabur bakti sebagai jurulatih untuk melahirkan lebih ramai atlet bina badan baharu Sarawak.

 

Selain itu, beliau turut terlibat sebagai juri bagi kejohanan di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

 

Kisah kejayaan Buda mempunyai nilai yang lebih besar daripada sekadar pencapaian peribadi.

 

Ia boleh menjadi sumber inspirasi kepada golongan muda khasnya di Sarawak bahawa kejayaan tidak boleh dicapai hanya dengan impian, sebaliknya perlu disusuli tindakan yang memerlukan pengorbanan untuk membina sebuah legasi cemerlang.
Watson Nyambek
🏅 SEA GAMES 1999
📍Brunei
Watson Nyambek
‘The Flying Dayak’: Legasi Yang Terus Berlari

 

DALAM sejarah olahraga Sarawak, tidak ramai atlet yang namanya begitu sinonim dengan satu acara sehingga akhirnya menjadi sebahagian daripada identiti sukan negeri.

 

Watson Nyambek ialah antara nama tersebut.

 

Pada kemuncak kariernya sekitar era 1990-an, setiap kali pistol permulaan dilepaskan bagi acara 100 meter, perhatian peminat olahraga negara tertumpu kepada seorang pelari dari Miri, Sarawak.

 

Tubuhnya tegap, langkahnya pantas dan namanya cukup dikenali dengan satu gelaran ‘The Flying Dayak’.

 

Namun, di sebalik beberapa saat yang menentukan perlumbaan di atas trek, perjalanan Watson dibina melalui latihan dan persaingan selama bertahun-tahun.

 

Daripada trek sekolah di Miri, beliau menembusi pentas kebangsaan, mencabar pelari terbaik Asia Tenggara, memecahkan rekod kebangsaan sebelum akhirnya membawa nama Malaysia ke pentas Olimpik.

 

Dilahirkan di Miri pada 27 Februari 1976, Watson mula mengenali olahraga ketika bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan St Columba, Miri di bawah bimbingan jurulatih sekolahnya, Cikgu Ali.

 

Bakatnya mula menyerlah sejak di bangku sekolah dan daripada situlah langkahnya semakin jauh, termasuk menguji kemampuan dalam kejohanan di luar negara sebelum muncul sebagai antara bakat pecut paling menjanjikan dalam olahraga Malaysia.

 

Namun, kemunculan Watson bukan berlaku dalam ruang kosong.

 

Beberapa dekad sebelum namanya dikenali di seluruh negara, seorang lagi pelari Iban dari Sarawak, Terrence ‘Ted’ Janting terlebih dahulu mencipta nama pada era 1950-an.

 

Janting pernah mengejutkan arena olahraga menerusi kejayaan dalam acara 100 ela di Malayan Open sebelum mendapat jolokan ‘The Flying Sea Dayak’.

 

Selepas Janting, muncul pula Kom Tinggang yang meneruskan tradisi kecemerlangan pelari pecut Sarawak.

 

Watson kemudian hadir sebagai generasi seterusnya.

 

Namun, beliau bukan sekadar mewarisi sebuah gelaran.

 

Beliau membina legasinya sendiri.

 

 

Sukan SEA Membuka Jalan

 

Sukan SEA menjadi antara pentas penting dalam perkembangan Watson sebagai atlet antarabangsa.

 

Beliau membuat penampilan di Sukan SEA Chiang Mai 1995 ketika masih berada pada fasa awal karier sebagai pelari pecut elit negara.

 

Ketika itu, persaingannya dengan Azmi Ibrahim turut menjadi perhatian dalam arena olahraga Malaysia.

 

Setahun kemudian, Watson mencipta antara detik penting dalam kariernya pada SUKMA 1996 di Kuantan, Pahang.

 

Dalam saingan 100 meter yang menemukan antara pelari terbaik negara ketika itu, Watson muncul juara dengan catatan 10.33 saat.

 

Kemenangan tersebut menjadi titik penting yang mengangkat kedudukannya dalam arena pecut negara.

 

Beliau bukan lagi sekadar bakat muda dari Sarawak.

 

Watson kini berada dalam kelompok utama pelari pecut Malaysia.

 

Perkembangan itu diteruskan di Sukan SEA Jakarta 1997 apabila beliau meraih pingat gangsa, sebelum sekali lagi membawa pulang gangsa pada Sukan SEA Brunei 1999.

 

Beliau kemudiannya meneruskan penampilan di Sukan SEA Kuala Lumpur 2001.

 

Empat edisi temasya tersebut merentasi fasa penting karier Watson daripada seorang pelari muda yang sedang mencari tempat kepada atlet berpengalaman yang dikenali dalam kalangan pelari terbaik Asia Tenggara.

 

Sukan SEA bukan sekadar pentas memburu pingat.

 

Ia menjadi sebahagian daripada proses yang membentuk Watson untuk berdepan persaingan pada tahap yang lebih tinggi.

 

 

 

Dari SUKMA Ke Pentas Olimpik

 

 

Tahun 1996 menjadi antara titik perubahan terbesar dalam perjalanan Watson.

 

Di bawah bimbingan jurulatih Kanada, Daniel St Hilaire, beliau berkembang daripada seorang pelari berbakat kepada atlet yang semakin kompetitif di peringkat antarabangsa.

 

Latihan lebih tersusun, disiplin dan persediaan teknikal membantu membentuk Watson untuk menghadapi cabaran lebih besar.

 

Pada tahun yang sama, kejayaannya di SUKMA turut membawa pengiktirafan apabila beliau dinobatkan sebagai Olahragawan SUKMA 1996.

 

Daripada trek SUKMA, Watson kemudian melangkah ke pentas sukan terbesar dunia.

 

Beliau mewakili Malaysia pada Sukan Olimpik Atlanta 1996.

 

Bagi seorang atlet yang memulakan perjalanan dari trek sekolah di Miri, penampilan di Olimpik membawa makna yang jauh melangkaui sebuah perlumbaan.

 

Watson kini berlari membawa nama Malaysia di pentas tertinggi sukan dunia.

 

Namun, Atlanta bukan kemuncak terakhirnya.

 

Tahun-tahun selepas itu menyaksikan Watson memasuki antara fasa terbaik sepanjang kariernya.

 

 

10.30 Saat Yang Menjadi Sejarah

 

 

Jika ada satu angka yang paling sinonim dengan Watson Nyambek, angka itu ialah 10.30 saat.

 

Pada 1998, Watson mencatat 10.30 saat dalam acara 100 meter di Kuala Lumpur, catatan sah terbaik sepanjang kariernya.

 

Catatan tersebut memperbaharui rekod kebangsaan yang dipegangnya sendiri dan mengukuhkan kedudukannya sebagai manusia terpantas Malaysia ketika itu.

 

Watson baru berusia 22 tahun.

 

Dalam olahraga pecut, beberapa perseratus saat mungkin kelihatan kecil.

 

Namun di atas trek, perbezaan itulah yang memisahkan pelari biasa daripada pemegang rekod.

 

Bagi Watson, 10.30 saat bukan sekadar angka pada papan keputusan.

 

Ia menjadi simbol kepada satu era olahraga Malaysia apabila seorang anak Sarawak berada di barisan hadapan acara pecut negara.

 

Rekod tersebut bertahan hampir dua dekad sebelum Khairul Hafiz Jantan mencatat 10.18 saat pada SUKMA 2016.

 

Namun apabila rekod itu akhirnya dipecahkan, nama Watson tidak terpadam daripada sejarah.

 

Sebaliknya, 10.30 saat kekal sebagai angka yang mengingatkan satu generasi kepada ‘The Flying Dayak’.

 

 

Kemuncak Di Pentas Asia

 

 

Tahun 1998 turut menjadi antara tempoh paling penting dalam karier antarabangsa Watson.

 

Pada Kejohanan Olahraga Asia 1998, beliau meraih pingat perak acara 100 meter dengan catatan 10.42 saat.

 

Pada tahun yang sama, Watson mara ke final acara 100 meter Sukan Asia Bangkok dan menamatkan saingan di tempat keempat.

 

Beliau turut membawa cabaran Malaysia pada Sukan Komanwel Kuala Lumpur 1998.

 

Rangkaian kejohanan tersebut memperlihatkan kedudukan Watson ketika itu.

 

Beliau bukan lagi sekadar pelari yang mencipta nama dalam persaingan domestik.

 

Watson kini berdiri di blok permulaan bersama pelari terbaik dari Asia dan negara-negara Komanwel.

 

Pengalamannya di pentas antarabangsa juga jauh lebih luas.

 

Beliau beraksi dalam Kejohanan Dunia Olahraga 1997 di Athens, selain mengambil bahagian dalam beberapa edisi Kejohanan Dunia Dalam Dewan.

 

Dalam acara 60 meter, Watson mencatat 6.66 saat di Maebashi, Jepun pada 1999 satu lagi catatan yang menjadi antara pencapaian penting dalam kariernya.

 

Semua itu menunjukkan perjalanan Watson tidak dibina daripada satu perlumbaan atau satu rekod semata-mata.

 

Beliau melalui hampir setiap lapisan persaingan yang boleh dicapai seorang atlet daripada kejohanan sekolah dan SUKMA kepada Sukan SEA, kejohanan Asia, Sukan Asia, Komanwel, kejohanan dunia dan Olimpik.

 

 

Dua Kali Di Pentas Olimpik

 

 

Empat tahun selepas Atlanta, Watson sekali lagi diberi kepercayaan membawa cabaran Malaysia pada Sukan Olimpik Sydney 2000.

 

Dua penampilan Olimpik dalam tempoh empat tahun menjadi antara pencapaian terbesar dalam perjalanan kariernya.

 

Di antara kedua-dua temasya itu, Watson terus bersaing di pentas antarabangsa, berdepan pelari-pelari bertaraf dunia dan merasai sendiri tahap persaingan yang diperlukan untuk berada dalam kelompok elit acara pecut.

 

Daripada seorang pelari sekolah di Miri, perjalanan Watson akhirnya membawanya ke dua edisi Sukan Olimpik.

 

Tidak ramai atlet dapat sampai ke tahap tersebut.

 

Lebih sedikit lagi yang mampu melakukannya dua kali.

 

 

 

Di Sebalik Beberapa Saat Di Trek

 

 

Kejayaan Watson turut membawa pelbagai pengiktirafan sepanjang kariernya, termasuk dinobatkan sebagai Olahragawan SUKMA 1996.

 

Namun, segala rekod, pingat dan pengiktirafan hanya menceritakan sebahagian daripada kisah seorang pelari pecut.

 

Penonton hanya melihat beberapa saat perlumbaan.

 

Di belakangnya terdapat bertahun-tahun latihan, disiplin, kecergasan, kawalan pemakanan, pengorbanan dan tekanan untuk sentiasa menjadi lebih pantas.

 

Dalam acara 100 meter, kemenangan dan kekalahan kadangkala hanya dipisahkan oleh beberapa perseratus saat.

 

Kesilapan kecil ketika keluar dari blok permulaan boleh mengubah keseluruhan perlumbaan.

 

Sebab itu, bakat semula jadi sahaja tidak pernah mencukupi.

 

Watson sendiri melalui rutin latihan dan disiplin yang membentuknya daripada seorang pelari sekolah kepada atlet Olimpik.

 

Persaingannya dengan Azmi Ibrahim turut mewarnai era pecut negara pada 1990-an, ketika Malaysia mempunyai beberapa nama yang mampu mencabar antara satu sama lain.

 

Daripada persaingan itulah Watson terus berkembang.

 

Dan akhirnya, beliau muncul sebagai salah seorang figura paling dikenali dalam sejarah acara 100 meter Malaysia.

 

 

Daripada Pelari Kepada Pembentuk Atlet

 

 

Apabila zaman kompetitifnya berakhir, Watson tidak meninggalkan olahraga.

 

Sebaliknya, beliau kekal dekat dengan trek, cuma peranannya berubah.

 

Daripada seorang atlet yang menerima arahan jurulatih, beliau kini menjadi individu yang berkongsi pengalaman kepada generasi seterusnya.

 

Watson meneruskan penglibatan dalam bidang kejurulatihan dan pembangunan atlet, termasuk melalui The Flying Dayak Club di Miri.

 

Perjalanan itu seakan-akan membawanya kembali ke titik permulaan.

 

Dahulu, Watson ialah seorang anak muda yang memerlukan seseorang untuk melihat bakatnya, membimbingnya dan menunjukkan arah.

 

Kini, beliau pula berada di sisi trek membantu atlet muda mencari potensi mereka.

 

Pengalaman bertahun-tahun bertanding di peringkat tertinggi menjadi sesuatu yang tidak boleh dipelajari hanya daripada buku atau program latihan.

 

Watson pernah merasai tekanan di blok permulaan.

 

Beliau pernah mengejar rekod.

 

Beliau pernah berdepan atlet terbaik Asia.

 

Dan beliau pernah berdiri di pentas Olimpik.

 

Semua pengalaman itu kini menjadi sebahagian daripada ilmu yang boleh diwariskan kepada generasi selepasnya.

 

 

Legasi Yang Melangkaui Trek

 

 

Watson Nyambek mungkin sentiasa dikenang kerana 10.30 saat.

 

Ada juga yang mengingatinya kerana dua penampilan Olimpik, kejayaan di SUKMA, pingat Sukan SEA, pencapaian di pentas Asia atau gelaran ‘The Flying Dayak’ yang begitu sinonim dengannya.

 

Namun, perjalanan Watson sebenarnya jauh lebih panjang daripada semua itu.

 

Daripada trek sekolah di Miri, beliau berkembang menjadi juara SUKMA, pelari utama Malaysia di Sukan SEA, pemegang rekod kebangsaan, pemenang pingat perak Asia, finalis Sukan Asia dan dua kali Olimpian.

 

Lebih penting, apabila tiba masanya meninggalkan persaingan elit, Watson tidak meninggalkan sukan yang telah membentuk kehidupannya.

 

Beliau memilih untuk kembali ke trek dan membantu mereka yang datang selepasnya.

 

Terrence Janting pernah membuka jalan.

 

Kom Tinggang meneruskan tradisi itu.

 

Kemudian muncul Watson Nyambek, seorang anak Miri yang membawa nama ‘Flying Dayak’ merentasi sempadan Sarawak sehingga ke pentas Olimpik.

 

Pada akhirnya, legasi seorang atlet tidak hanya diukur melalui angka pada jam randik.

 

Ia turut diukur melalui jejak yang ditinggalkan untuk orang selepasnya.

 

Watson Nyambek mungkin sudah lama meninggalkan blok permulaan sebagai pelari kompetitif.

 

Namun, jejak ‘The Flying Dayak’ masih berlari bersama generasi seterusnya.
✦ OFFICIAL CHAMPION PROFILE

OVERVIEW
OFFICIAL TOURISM FRAMEWORK
Official Host Destination
Discover the heart of Borneo through Culture, Adventure, Nature, Food and Festivals (CANFF).
Beyond the Games, experience the people, traditions, landscapes, flavours and celebrations that make Sarawak truly unique
CULTURE
ADVENTURE
NATURE
FOOD
FESTIVAL
Sarawak Cultural Village
Borneo Cultural Museum
Culture
Borneo Cultural Museum
The Borneo Cultures Museum is a world-class museum that showcases the cultural and natural heritage of Sarawak and Borneo. Spread across five floors, it features interactive exhibits, galleries, and collections of artifacts reflecting the rich history and biodiversity of the region.
Sarawak Cultural Village
Cat Museum
Culture
Cat Museum
As Kuching translates to “cat” in Malay, the Cat Museum is a quirky and fun museum dedicated to all things feline. It features exhibits on the history, mythology, and cultural significance of cats.
✦ OFFICIAL TOURISM LANDMARK

BORNEO CULTURES MUSEUM

OVERVIEW
VIEW ON MAP EXPLORER →
  🌟 Official Engagement Hub